Friday, June 15, 2012

Trip to Phuket and Krabi (16 - 21 May 2011) part 3




Assalamualaiku,

Dah lebih setahun aku punya trip ke Siam ni. Tapi x habis2 lagi entry pasal ni. Semua ini adalah kerana menurut perintah MALAS huhuhu... Kalau malas apa pun x jadi. Aku ingat nk habiskan entry tentang 3 hari terakhir aku di Siam dalam satu entry ni saja. Jadi x adalah aku tangguh lagi cerita-cerita sambungan kan? Ok, kita mula pengembaraan kita. hehehe

Pagi tu kami bangun lewat. Orang yang dijangka bangun paling lewat ni lah yang kejut semua orang hehe... Aku kejut semua orang. Tahu x yang van yang sepatutnya ambil kami tu dah sampai kat bawah. Sebenarnya kami ni x lah lambat sangat cuma pemandu tu yg cepat sangat. Dia nk cepat sampai kami ni kena marah dengan dia. Emosional di pagi hari mmg teruk, sampai aku pun hilang mood. Tp di sebabkan kami dalam mood bercuti, aku still maintain je hati dan perasaan ini. Ye lah, aku x suka pergi bercuti dengan muka masam. Hilangkan mood orang lain. Sebab tu aku x suka pergi bercuti ramai2 sangat. Ok, Kami dah bersiap dan naik lah van tu. X tahu pula aku yang van tu kena ambil penumpang di 3 lagi lokasi. Patutlah dia nk cepat. Tapi aku tetap x puas hati. Janji pukul 8 tapi 7.30 dah sampai dan marah2.

Ok, kami sampai di jeti kapal untuk ke Krabi. Oh, hari ni hari terakhir kami di Phuket dan kami akan teruskan trip ni ke Krabi. Sampai je jeti tu. Tengok kapal semua besar-besar. Teruja! Lepas ambil tiket. Kami pun naik lah kapal. Kapal semua ala-ala cruise ok. hehe... Kami lepak di bahagia atas sekali. X ada bumbung. Bersedia sajalah kalau hujan. Tapi cuaca hari tu mmg baik. Sebelum bergerak memang sangat panas. Tapi bila kapal tu dah gerak, x rasa panas sangat. Angin kuat best. Adalah dalam 2 jam setengah kut kami atas kapal tu. Aku dengan Syd, macam biasalah merayap satu kapal. Ambil gambar sana sini. Ayu tidur. Ain hirup udara segar agaknya. Walaupun kebanyakkan yang kami nampak hanyalah laut yang luas. Tapi sekali sekalai kami nampak pulau-pulau kecil yang cantik bentuknya. Hampir habis sekotak rokok aku atas kapal tu disebabkan kebosanan. huhu

Kami sampai di jeti Krabi. Untuk pengetahuan semua, Krabi ni bukan pulau ok. Sampai saja ada orang panggil, nak hantar ke hotel yang kita nak menginap. Kami naik sebuah lori yg di ubah menjadi sebuah teksi besar. Ianya PERCUMA uols... mungkin ini dah masuk pakej kapal tu sekali kut. Ok, kami pun cakaplah yang kami nak ke Aonang Grand Inn. X lah jauh sangat dari jeti tu. Sampai je hotel tu, aku tengok, GRAND sangat! #PandangAtasTanganDiDada ... Ini adalah hotel budget. Aku pun x harap hotel ni ada kolam dan bellboy. Cukup sekadar ada bumbung sahaja. Tapi apa yang bestnya, tingkat bawah hotel ni adalah cyber cafe. Wifi pun ada. Tapi jangan harap ia laju seperti Streamyx atau P1wimax. Aku nk buat satu tweet makan masa 1 jam. Lepas dinner baru dapat send. Tapi kekadang kelajuan dia ok saja. Ok, Lepas kami dah check in, kami bersiap-siap nak cari makan. Lapar OK! dari pagi x sarapan.

Sewa hotel = 400 baht/malam

Bilik yg kami dapat not bad. Ada dua katil single, satu kerusi yg boleh adjust jadi tilam/meja makan, ada TV first time saya nonton cerita melayu di ubah suara jadi suara siam, Fasha Sandha cakap siam uols, cerita apa aku pun dah lupa... Baiklah seterusnya kami pergi cari makan. Krabi ni kawasannya tidaklah besar sangat. X perlu sewa motor kalau kita menginap di sekitar Aonang. Semua cukup. Depan hotel ada Mc'D tapi x halal lah... Saya mmg suka kawasan Aonang ni. Kalau honeymoon bagus, tenang. Banyak kedai makan halal. Depan Mc'D tu, kalau hari petang ada orang islam jualan makanan guna, apa nama benda yg sorong-sorong tu? Yang kat Indonesia mereka buat jual bakso tu? haaa tu lahhh... hari petang banyak orang jualan, macam-macam jenis makanan ada. Rasa pun sedap juga lah. Kecuali ayam bakar tu Ayu kata rasa minyak petrol. Aku dengan Syd dah lapar. Faham2 je lah. Tapi tengahari tu kami makan kat kedai sebelah hotel tu. Murah gak. Tapi x sesedap macam kat Phuket.

Lepas makan kami jalan-jalan sekitar Aonang tu. Nak cari pakej untuk aktiviti esok dan hari2 seterusnya. Di Aonang ni ada banyak agency. Kawan saya ada suruh saya cari agency BARRACUDA, tp kami dapat agency lagi murah dari tu. Tak kisah lah agency mana pun kalau pandai tawar-menawar mesti dapat murah. Kami pusing satu Aonang, tanya satu-satu. Finally, kami dah dapat satu agency murah sikit. Jadi, aktiviti kami pada esok hari adalah Trip ke Phi Phi Island full day, Lusa ke Four Island full day dan hari terakhir pun ada aktiviti juga, kami ambil pakej ke Emerald Pool dan sekali transport ke Airport Krabi. Itulah pakej yang kami ambil. Full 3 hari punya aktiviti. Harga? maaf x ingat, dah setahun kut bahaha... tapi apa yg saya ingat adalah keseluruhan pakej adalah 3000 Baht lebih kurang. X mahal sangat. Setiap pakej kecuali Emerald Pool ada disediakan makan tengah hari dan air meneral minum sampai mabuk dan buah-buahan juga sepanjang perjalanan makanan sedap woi...


Setelah selesai dapat agency, kami pun cadang nak pergi massage Thai Massage... hehehe... jadi kami pun berjalan lagi survey tempat massage. Ok, ni ada satu tempat murah tapi x secantik tempat lain. Setiap massage tak kiralah apa jenis massage sekali pun hanya 200 Baht satu jam. Aku nak terangkan tempat ni pun payah, sebab tempat ni dekat ceruk. Dia berdekatan jalan masuk The Last Fisherman Bar. Korang masuk situ, jalan sampai hujung. Tapi kadang-kadang x perlu sampai pun kat perjalanan korang nanti ada sorang perempuan ni peramah sangat akan panggil korang datang tempat tu. Aku suggest korang pergi tempat urut No. 4. Layanan dia baik. Dia ada dalam 10 rumah kut dekat situ. Aku suka tempat ni sebab, rasa tenang sangat, rasa kawasan kampung nelayan. Walaupun macam tempat pelacuran murahan tapi tempat ni bukan tempat pelacuran ok, massage yang menaikkan syawat langsung x ada di tempat ni... Tapi korang jangan terkejut kalau customer yg di urut sebelah korang tu bogel. Sebab memang culture mengurut kat tempat tu memang macam tu. Agak-agak takut pahala kurang korang tutup lah mata. Tapi aku yakin, masa urut korang mesti tidur. Memang best Thai Massage ni. Disebabkan badan aku dah agak melecur kena panas terik kat Phuket. Aku mintak dia sapu Alovera Oil. Tu yang buat aku tidur. Lega gila...

Amboi, kemain panjang betei aku cerita pasal massage ni. Untuk pengetahuan kamu semua, Kami pergi massage selama 3 hari berturut-turut. Murah dan sedap punya pasal hahahaha... hilang penat. Jadi lepas ni aku dah x perlu cerita lagi la ok. Tapi jangan pergi tempat ni jam 6 petang dan keatas. Bukan saja tempat ni dah nak tutup, tapi sebab banyak nyamuk. Ok, balik dari massage, kami pergi beli makan untuk makan malam + jalan-jalan. Kami beli bungkus je kedai tepi jalan tu, yg kedai sorong-sorong tu. Bawa balik bilik, makan sambil nonton TV, cerita Siam yang sepatah haram aku x faham makna dia. Malam dalam pukul 8 macam tu, kami keluar. Jalan-jalan, lepak kat bar. Sebab nampak ada meja pool, so kami berhenti lah lepak. Bar ni kosong x ada customer pun. Bar dia open tepi jalan. Jadi, aku dengan Syd pun layan pool sambil lepak-lepak. Beberapa minit selepas itu baru ku perasan yg bar itu adalah bar GAY. Pelayan dia mak nyah. Dan ada tiang untuk menari. Tapi peduli apa. Bukan buat apa pun. Lepak main pool je.

Jadi ni lah cerita kami untuk hari ke 3. Aku ingat nk sambung untuk hari ke 4 dan seterusnya dalam entry ni. Tapi dah panjang sangat. Nanti korang bosan. Ok, Kalau rajin aku sambung lagi entry ke 4 ok.

Assalammualaikum...

Saturday, July 30, 2011

Trip to Phuket and Krabi (16 - 21 May 2011) part 2


Huhui...

Okeh ni part 2, Hari kedua kami di Phuket, bermulanya pepagi buta. Bangun jam 6 pagi, tapi sudah terang bagai jam 9 pagi. Panas lagi. Jadi kami mulakan perjalanan kami dengan plan ke Karon beach. Dengan berbekalkan motorsikal dan peta yg ada. kami pun sesuka hati mencari jalan ke sana. Demi Allah, perjalan kami kesana disambut cuaca yg amat baik, dengan diiringi pemandangan yg amat cantik. Kami melalui lereng bukit, udara yg nyaman, dan terserempak dengan kelab latihan Thai Boxing.

Pantai Karon berbeza dengan Patong. Ombak di pantai Karon sangat dasyat ok. Tinggi mencecah hujung rambut. Jaga2 pada yang kurang inci tu ya hahaha... Ain dan Ayu hanya main2 dipantai saja. Aku dan Syd dengan semangat ketal pergi bertembung dengan ombak. Seronok kot. Pantai di Karon tidak semeriah di Patong. Tapi still ade la orang jualan.

Bila matahari sudah berdiri tegak, kami dengan tidak teragak2 pulanglah ke Hotel. Aku malas nak pakai helmet pasal rambut basah. Lebih kurang 10 meter lagi nak sampai hotel aku ditahan polis Siam. Cilake benor gamaknye. Kesalahan? Tidak pakai helmet. Kene saman 300bath. Nasib baik polis tu baik. Bagi aku, orang kat phuket ni baik2 belaka. Sopan santun. So, aku pun bayar la saman masa tu juga. nasib baik juga balai polis belakang simpang je.

Sampai hotel kami bersiap2, kemana? ouh yeah... Shopping Time!!! belum aku pergi phuket hari tu dah sekampung manusia kirim ole-ole dari Siam. Sebelum tu kami pergi makan dulu. Hari ni kami nak cuba kedai lain pula. Tapi paham2 je la kan, susah nak cari kedai makan ni, kena cari yang halal. Pusing satu Patong, jumpa la kedai Pakistan ke India ke. Kami pun cuba lah. Perghhh... TAK SEDAP LANGSUNG! so, cancel kedai masakan india. Jangan pergi kedai India tu. Mereka tidak seramah orang2 Siam yang lain. Makanan pun tak sedap. Mahal pulak tu.

Selepas makan, Ape lagi, shopping la... Semalam aku tak sempat beli apa2, so hari ni aku borong. Aku beli t-shirt 11 helai, magnet beberapa biji, etc. Beli dimana? Sila, selak muka surat belakang ni. Aku ada ceritakan tentang kedai beli 10 helai percuma 1 helai tu. Then kami ke Mall. Kat Patong tu ade satu mall, besar juga la mall tu. Barangan pakaian di sini boleh tahan murah berbanding di KL. Ade carrefour lagi. So, selepas shopping ole-ole kami ke carrefour beli barang makan pula. Beli yang simple untuk makan malam je. Keluar dari Mall tu Hujan.

Tiba-tiba tengok motor sewa aku tu, pancit. Cilanat betul la. Ape punya nasib la aku hari ni. Aku pun pergi la cari kedai motor. Syd balik hotel jalan kaki. Bebudak perempuan tu balik naik motor mereka la. Agak malu juga lah jalan naik motor pancit pusing Patong cari kedai motor. Aku tak ingat berapa aku habis untuk bayar tiub baru. Pulang ke hotel, sehingga malam tu aku rasa kami tak buat apa2 kut. Sebab esok dah nk kena bangun awal, Van yang bakal angkut kami datang awal pagi esok.

Jadi, itulah cerita untuk hari ke dua kami. Esok kami ke Krabi. Kalau rajin cepat lah entry ke tiga muncul ya. hahaha...

Bersambung.

Trip to Phuket and Krabi (16 - 21 May 2011) part 1


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas rezeki yang telah diberikan kepada aku dan kawan2, atas segala2nya. Aku masih tidak boleh lupakan kisah itu. Sudah hampir 3 bulan emak aku meninggal dunia, kehilangan yang amat besar, kesedihan yang maksimum. Semua perkara yang berlaku dalam masa 3 bulan ini membuatkan aku sangat menghargai hidup, kasih sayang, pengalaman yang datang membesarkan aku.

Baiklah,

Bermulalah perjalanan kami sesudah Ayu datang menjemput kami dirumah ditemani ibu dan adiknya Nani. Kami sampai di LCCT lebih kurang jam 2 pagi pada 16 May isnin, flight kami jam 7.30 pagi. Kami masuk balai menunggu 3 jam sebelum berlepas.

Kami sampai di Airport Phuket jam 7.20 pagi ikut masa Phuket. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 45 minit. Beza masa KL - Thailand 1 jam ini aku fail. Setiba sahaja di airport kami diserbu pemilik kereta sewa/teksi etc. Masing-masing menawarkan harga yang berlainan. Di sini anda harus pandai tawar-menawar. Kami memilih menaiki kereta sewa Toyota Vios dengan harga 550 baht/car selepas tawar-menawar. Kami bercadang menginap di Patong Beach. Dalam perjalanan ke Patong, aku berbual dengan si driver, tentang mcm mana nk dapatkan ferry untuk ke Krabi. Jadi dia terus bawa kami ke satu travel agency. Di sini kami ambil package untuk hotel + ferry ke Krabi + transport pick up dari hotel ke jeti ferry = 1750 bath/pax aku tak ingat apa nama travel agency tu. Dan kami dicadangkan menginap di Mini House 27 Hotel. Sebelum tu, kereta sewa yg kami naiki tu memandu macam haram. Takut aku yg duduk depan ni. Lagi satu, tabiat pemandu kat Phuket ni, mereka mmg suka main hon. Pening kepala aku.

Kereta Sewa = 550 baht

Hotel + Ferry = 1750 baht

Mini House 27 Hotel ni lebih dari apa yang kami jangkakan. Bersih, itu yang penting bagi kami. Hotel budget ini berdekatan dengan 7-eleven, kedai buah-buahan dan bersebelahan dengan cyber cafe yang mana merupakan kedai sewa motorsikal juga. Sebaik sahaja kami masuk ke bilik kami terus mandi dan bersiap untuk terus keluar bersiar-siar. Sebelum tu Sydney keluar dahulu, nak cari jalan katanya. Lagi pun nak tunggu si awek2 ni bersiap bukan main lama, siap boleh tidur lagi, Hihi... beberapa minit selepas itu Syd balik, dan Ain dan Ayu masih belum bersiap -.-‘ tak pe lah. Kami pun keluar berjalan kaki kea rah Patong Beach katanya hanya 10 minit dari hotel. Dengan cuaca yang amat panas, setelah 10 minit kami berjalan sampai jugalah ke pantai. Sesuatu yang amat mengujakan, pantai yang amat cantik beserta ‘udang bakar’ yang bersepah-sepah, sibuk nak tan kan kulit. Kami rasa hanya kami saja pelancong Asia di situ.

Di Patong Beach kami sewa kerusi panjang tu dalam harga 100 baht untuk satu hari. Kami sewa 2 kerusi sahaja. Cukuplah kan. Melihat air yang jernih, biru hijau biru hijau biru hijau aku dan Syd sudah terapung di lautan segar bawah cuaca yang terik membakar kulit. Ye... aku memang jakun. Gile tak jakun tengok air sejernih itu? Dengan mat saleh/minah saleh telentang sini sana membakar kulit, dah macam udang bakar aku tengok kulit dorang ni. Bogel? Tak perlulah aku ceritakan, kau orang imagine sendiri sudahlah ok. Hahaha... Di pantai itu terdapat ramai orang berniaga. Mereka membawa barang perniagaan mereka sendiri, angkut ke sana ke mari. Dari hujung ke pangkat lautan. Begitulah kisah mereka mencari rezeki. Tidak kenal panas terik, kulit terbakar, tua muda. Masing-masing sibuk mempromote barangan, ada yang menjual buah-buahan, makanan ringan, pelbagai air, aksesori, tattoo cte.

Kerusi pantai = 100 baht/sehari

Tattoo? Ye kami mengambil kesempatan ini membuat tattoo sementara. Harga tattoo mengikut size, aku buat tattoo bentuk bintang, berharga 100 baht, Syd pula tattoo harimau – 300 baht, Ain dan Ayu buat 2 jenis tattoo masing-masing berharga 300 baht dan 200 baht. Sesudah siap si peniaga melukis tattoo di badan kami, sudah tiba masanya kami mencari makanan, perut pun sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Kami jumpa satu kedai makan yang halal, berdekatan dengan pantai, sebenarnya ia adalah food court, kedai no. 6 Wai restoran. Makanan amat lah lazat. Terbaek! Harga? Berpatutan. Sebenarnya agak mahal juga. Aku makan nasi goreng seafood – 70 baht dengan air kelapa 60 baht. Ade sorang awek kerje di kedai tu, suwiittt gile, baik dan peramah, dia ajak kami berbual. Selesai kami makan, tetiba datang sepinggan buah-buahan. Ianya percuma. di Thailand, mana- mana kedai makan mesti ada beri buah percuma. Fresh.

Setelah itu kami pun pulang ke hotel. Bersihkan badan, mandi, cadang ingin berjalan2 lagi sekitar pekan Patong. TAK ADE MAKNE NYE!!! dari LCCT jam 2 pagi - sampai Phuket - check in hotel - terus ke pantai sampai tengahari - makan - balik hotel, ade hati nk berjalan lagi? masing-masing tidor tak sedarkan diri. Sampai pukul 7 petang kot. Memang sah penat sangat tu. Ye lah, tak tidor lagi satu hari. Kami bersiap dan terus turun, mungkin masa tu jam 7 lebih kot. Kebetulan hotel bersebelahan dengan kedai sewa motor. Kami pun ambil kesempatan menyewa motor scooter, 2 biji. Satu biji motor disewakan 200 baht/day. Jadi anda boleh pusing satu Phuket dengan scooter itu minyak sila isi sendiri ya minyak di Thailand sudah sedia maklum mahal. Tapi scooter yg kami naiki amat jimat minyaknya. Ok, disini ada satu tips, jika anda menyewa motor, jangan sesekali meninggalkan passport anda ditangan pemilik motor. Mereka akan meminta passport anda sebagai cagaran. Jadi anda perlu berikan 1000 baht sebagai cagaran instead anda beri passport arahan polis Phuket , ini kerana jika berlaku sesuatu, passport anda mereka tidak akan kembalikan.

Jadi kami isi minyak dalam 40 baht, dan terus ke pekan Patong, yang kira-kira hanya 5 minit perjalanan menungang motor. Ternyata pekan Patong sangat meriah waktu malamnya. Banyak jugalah aktiviti anda boleh buat. Terutamanya shopping. Disini anda perlu survey semua tempat baru boleh beli, kerana harganya berbeza-beza. Disebabkan kami ada 2 hari lagi, so kami survey sahaja. Untuk yang ingin beli baju untuk souvenir, berhampiran mall Patong tu ade satu kedai tepi jalan, 10 t-shirt for 100 bath n free 1. situ paling murah. Selepas kami berjalan2 di Mall tu kami terus ke Bangla Street. Itu adalah lorong maksiat yg amat dasyat. Malas nk terangkan panjang lebar. Tips: jangan ambil gambar dengan mak nyah/pondah di situ, anda akan kena pau 100baht seorang.

Jadi sudah habis masa hari pertama kami di Patong. Cerita keesokan hari bersambung lagi ok. Tunggu la kalau rajin. haha

Saturday, June 18, 2011

Saturday, May 21, 2011

Trip to Phuket and Krabi, Thailand (16 - 21 May 2011)

Assalamualaikum,


Lama sudah tidak update blog ye. Aku baru sahaja pulang bercuti bersama kawan2 ke Phuket dan Krabi. Kami sudah plan dalam 3 bulan dan akhirnya kami berjaya mengakhiri impian kami untuk ke Phuket dan Krabi dengan selamat. Kami pergi berempat - Sydney, Ain, dan Ayu.

Alhamdulillah,
Ada beberapa kejadian yang tidak akan kami lupakan. Contohnya, kena saman dengan polis di Phuket dan Hampir mati lemas di Chiken Island Krabi. Aku sangat bersyukur kerana Allah s.w.t. telah memberi aku satu lagi peluang untuk hidup. Dimana apabila nyawa sudah dihujung tanduk dan hanya berserah antara hidup dan mati. Kejadian itu ada satu hikmahnya, dimana Sydney yang juga hampir lemas bersama aku mendapat 'sesuatu'. Nanti aku ceritakan.

Dan banyak lagi cerita tentang percutian kami yg menggembirakan. Begitu juga gambar2 yang tak kurang indahnya. Phuket adalah tempat yang sangat indah. Pulau yang pernah dilanda bencana tsunami itu mmg amat cantik. Penduduk yang peramah. Makanan yang amat lazat dan berbagai lagi.

Krabi, tempat yang memang popular dengan pulau-pulaunya yang indah. Air laut yang cantik dan jernih. Tapi disini ramai yang keliru. Tapi nanti saya akan ceritakan lebih lanjut.

Sekarang ini saya amat penat dan mengantuk. Dengan ucapan bismillah, saya tidur dulu ya.

Bersambung.

Sunday, January 9, 2011

TAKUT

Aku tidak seperti mereka, aku tidak punyai apa2, bakat? itu bagaikan memancing dilaut dalam menggunakan ranting kayu.

Aku takut. Apa? Kenapa? ya, banyak. 1st, tarikh sudah dekat, hidup aku semakin kelam kabut, banyak benda aku perlu jalankan, perlu usahakan, perlu selesaikan. Aku terlalu takut dengan hidup aku.

Aku tidak seperti mereka, aku bukan seorang yang suka sesuatu yang selamat. Aku suka cabar diri aku sendiri, tanpa aku sedar yang aku boleh atau tidak boleh buat sesuatu itu. Kerana aku fikir aku seorang lelaki dan perlu lakukan pelbagai perkara. 'Jangan jadi lembik!' - itu pesanan aku kepada diriku setiap kali aku berhadapan dengan tekanan.

Aku terima tugasan ini kerana orang yang aku sayang. Entah kenapa? Aku cabar diri aku dengan semua ini. Aku tertekan sekarang, dan aku sedar yang sebenarnya aku belum bersedia untuk semua ini. TEKANAN - bukan sesuatu yang main-main. 'PENGORBANAN'? dimana?. Aku masih seperti motor atau basikal dan seumpamanya, memerlukan 'tongkat' untuk berdiri. Tapi aku terlalu berat. ya... aku mengaku.

Aku punya cita-cita. Biar mereka berkata. Aku mahu senangkan keluarga aku, aku bukan orang senang. Aku mahu melihat Ibunda ku gembira, dengan kejayaan ku. Aku mahu menyimpan. Tapi untuk menyara harian ku saja tidak cukup. Aku kekurangan. Ya, jangan ingan aku 'tebal'. Gaya hidup aku? Itu pilihan aku. Jadi, aku perlu menanggungnya sendiri. Aku selalu gembira? Ya, itu kerana aku mencuba untuk tidak tunjukkannya.

Aku mahu berniaga, Aku mahu menjual Mr. V kesayangan aku ini untuk memulakan modal. Aku ada strategi perniagaan aku sendiri. Cuma aku perlukan nasihat. Penasihat. Bukan Penghina atau Penghinaan. Pengalaman? Ya, aku tiada itu. Harta? Juga tiada. Semua itu tidak cukup untuk aku jalankan hidup aku. Aku ingat, dengan permulaan 2,3 bulan lepas aku boleh memajukan diri sendiri. Tiada apa yang meningkat selain timbangan berat ku. Gaji? Pengalaman? Minda aku seperti tidak terbuka.

Aku memerlukan seseorang yang memahami aku. Selalu pun orang berkata begitu. Salah aku. Ya, salah aku. Menasihati aku sepanjang hari. Berbual dengan ku. Tekanan ini membuat aku seperti manusia yang tidak berguna, Melihatkan aku seperti Makhluk LEMBIK. Dimanakah kekuatan aku? Mahukan semuanya, tapi tidak berdaya. Ya, aku mengaku aku Tidak kuat. Tapi aku tidak akan selama-lamanya tidak kuat. Cabaran untuk diriku memang berat. Ya, aku takut. Sangat takut. Dan aku tidak layak untuk meminta TOLONG.

Aku harap aku OK. TERIMA KASIH.

Wednesday, October 20, 2010

Humans are created with the power to choose, once you choose wrongly, you will be blamed. If you're strong, you can not go wrong. That is what we call life. Get it? ^ __ ^