Saturday, July 30, 2011

Trip to Phuket and Krabi (16 - 21 May 2011) part 1


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas rezeki yang telah diberikan kepada aku dan kawan2, atas segala2nya. Aku masih tidak boleh lupakan kisah itu. Sudah hampir 3 bulan emak aku meninggal dunia, kehilangan yang amat besar, kesedihan yang maksimum. Semua perkara yang berlaku dalam masa 3 bulan ini membuatkan aku sangat menghargai hidup, kasih sayang, pengalaman yang datang membesarkan aku.

Baiklah,

Bermulalah perjalanan kami sesudah Ayu datang menjemput kami dirumah ditemani ibu dan adiknya Nani. Kami sampai di LCCT lebih kurang jam 2 pagi pada 16 May isnin, flight kami jam 7.30 pagi. Kami masuk balai menunggu 3 jam sebelum berlepas.

Kami sampai di Airport Phuket jam 7.20 pagi ikut masa Phuket. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 45 minit. Beza masa KL - Thailand 1 jam ini aku fail. Setiba sahaja di airport kami diserbu pemilik kereta sewa/teksi etc. Masing-masing menawarkan harga yang berlainan. Di sini anda harus pandai tawar-menawar. Kami memilih menaiki kereta sewa Toyota Vios dengan harga 550 baht/car selepas tawar-menawar. Kami bercadang menginap di Patong Beach. Dalam perjalanan ke Patong, aku berbual dengan si driver, tentang mcm mana nk dapatkan ferry untuk ke Krabi. Jadi dia terus bawa kami ke satu travel agency. Di sini kami ambil package untuk hotel + ferry ke Krabi + transport pick up dari hotel ke jeti ferry = 1750 bath/pax aku tak ingat apa nama travel agency tu. Dan kami dicadangkan menginap di Mini House 27 Hotel. Sebelum tu, kereta sewa yg kami naiki tu memandu macam haram. Takut aku yg duduk depan ni. Lagi satu, tabiat pemandu kat Phuket ni, mereka mmg suka main hon. Pening kepala aku.

Kereta Sewa = 550 baht

Hotel + Ferry = 1750 baht

Mini House 27 Hotel ni lebih dari apa yang kami jangkakan. Bersih, itu yang penting bagi kami. Hotel budget ini berdekatan dengan 7-eleven, kedai buah-buahan dan bersebelahan dengan cyber cafe yang mana merupakan kedai sewa motorsikal juga. Sebaik sahaja kami masuk ke bilik kami terus mandi dan bersiap untuk terus keluar bersiar-siar. Sebelum tu Sydney keluar dahulu, nak cari jalan katanya. Lagi pun nak tunggu si awek2 ni bersiap bukan main lama, siap boleh tidur lagi, Hihi... beberapa minit selepas itu Syd balik, dan Ain dan Ayu masih belum bersiap -.-‘ tak pe lah. Kami pun keluar berjalan kaki kea rah Patong Beach katanya hanya 10 minit dari hotel. Dengan cuaca yang amat panas, setelah 10 minit kami berjalan sampai jugalah ke pantai. Sesuatu yang amat mengujakan, pantai yang amat cantik beserta ‘udang bakar’ yang bersepah-sepah, sibuk nak tan kan kulit. Kami rasa hanya kami saja pelancong Asia di situ.

Di Patong Beach kami sewa kerusi panjang tu dalam harga 100 baht untuk satu hari. Kami sewa 2 kerusi sahaja. Cukuplah kan. Melihat air yang jernih, biru hijau biru hijau biru hijau aku dan Syd sudah terapung di lautan segar bawah cuaca yang terik membakar kulit. Ye... aku memang jakun. Gile tak jakun tengok air sejernih itu? Dengan mat saleh/minah saleh telentang sini sana membakar kulit, dah macam udang bakar aku tengok kulit dorang ni. Bogel? Tak perlulah aku ceritakan, kau orang imagine sendiri sudahlah ok. Hahaha... Di pantai itu terdapat ramai orang berniaga. Mereka membawa barang perniagaan mereka sendiri, angkut ke sana ke mari. Dari hujung ke pangkat lautan. Begitulah kisah mereka mencari rezeki. Tidak kenal panas terik, kulit terbakar, tua muda. Masing-masing sibuk mempromote barangan, ada yang menjual buah-buahan, makanan ringan, pelbagai air, aksesori, tattoo cte.

Kerusi pantai = 100 baht/sehari

Tattoo? Ye kami mengambil kesempatan ini membuat tattoo sementara. Harga tattoo mengikut size, aku buat tattoo bentuk bintang, berharga 100 baht, Syd pula tattoo harimau – 300 baht, Ain dan Ayu buat 2 jenis tattoo masing-masing berharga 300 baht dan 200 baht. Sesudah siap si peniaga melukis tattoo di badan kami, sudah tiba masanya kami mencari makanan, perut pun sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Kami jumpa satu kedai makan yang halal, berdekatan dengan pantai, sebenarnya ia adalah food court, kedai no. 6 Wai restoran. Makanan amat lah lazat. Terbaek! Harga? Berpatutan. Sebenarnya agak mahal juga. Aku makan nasi goreng seafood – 70 baht dengan air kelapa 60 baht. Ade sorang awek kerje di kedai tu, suwiittt gile, baik dan peramah, dia ajak kami berbual. Selesai kami makan, tetiba datang sepinggan buah-buahan. Ianya percuma. di Thailand, mana- mana kedai makan mesti ada beri buah percuma. Fresh.

Setelah itu kami pun pulang ke hotel. Bersihkan badan, mandi, cadang ingin berjalan2 lagi sekitar pekan Patong. TAK ADE MAKNE NYE!!! dari LCCT jam 2 pagi - sampai Phuket - check in hotel - terus ke pantai sampai tengahari - makan - balik hotel, ade hati nk berjalan lagi? masing-masing tidor tak sedarkan diri. Sampai pukul 7 petang kot. Memang sah penat sangat tu. Ye lah, tak tidor lagi satu hari. Kami bersiap dan terus turun, mungkin masa tu jam 7 lebih kot. Kebetulan hotel bersebelahan dengan kedai sewa motor. Kami pun ambil kesempatan menyewa motor scooter, 2 biji. Satu biji motor disewakan 200 baht/day. Jadi anda boleh pusing satu Phuket dengan scooter itu minyak sila isi sendiri ya minyak di Thailand sudah sedia maklum mahal. Tapi scooter yg kami naiki amat jimat minyaknya. Ok, disini ada satu tips, jika anda menyewa motor, jangan sesekali meninggalkan passport anda ditangan pemilik motor. Mereka akan meminta passport anda sebagai cagaran. Jadi anda perlu berikan 1000 baht sebagai cagaran instead anda beri passport arahan polis Phuket , ini kerana jika berlaku sesuatu, passport anda mereka tidak akan kembalikan.

Jadi kami isi minyak dalam 40 baht, dan terus ke pekan Patong, yang kira-kira hanya 5 minit perjalanan menungang motor. Ternyata pekan Patong sangat meriah waktu malamnya. Banyak jugalah aktiviti anda boleh buat. Terutamanya shopping. Disini anda perlu survey semua tempat baru boleh beli, kerana harganya berbeza-beza. Disebabkan kami ada 2 hari lagi, so kami survey sahaja. Untuk yang ingin beli baju untuk souvenir, berhampiran mall Patong tu ade satu kedai tepi jalan, 10 t-shirt for 100 bath n free 1. situ paling murah. Selepas kami berjalan2 di Mall tu kami terus ke Bangla Street. Itu adalah lorong maksiat yg amat dasyat. Malas nk terangkan panjang lebar. Tips: jangan ambil gambar dengan mak nyah/pondah di situ, anda akan kena pau 100baht seorang.

Jadi sudah habis masa hari pertama kami di Patong. Cerita keesokan hari bersambung lagi ok. Tunggu la kalau rajin. haha

2 comments:

*dhila erwin* said...

dude..story lah lagik..besh la..me plan nak pi sane gak nov ni..phuket-krabi..tapi tanak amik pakaj,lagik murah kut kalo backpakers..

songo said...

Sekarang ni sedang bz kerja. balik penat huhu... Insyallah akan di update dalam masa terdekat. :)